top of page

Tentang Kami

Latar Belakang & Sejarah

Semeliang Agro Farm (SAF) ditubuhkan pada 7 Januari 2010 oleh En. Nor Azhar Bin Mohd Noor di Kampung Semeliang. Beliau memulakan projek ini dengan jumlah rusa sebanyak 5 ekor pada tahun 2008, kemudian berkembang sehingga hari ini telah mencapai jumlah rusa sebanyak 150 ekor.Bermula dengan sebuah kandang kayu kini telah berkembang kepada 3 buah kandang mengunakan pemagaran jenis BRC.

 

Ternakan utama dalam SAF adalah rusa seperti timorensis dan axis-axis. Selain rusa, ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam, burung, dan pelbagai lagi turut diternak sebagai sampingan untuk menjana pendapatan tambahan. Pada peringkat awal, beliau memulakan projek ini sekadar untuk mengisi masa lapang kerana minat yang mendalam terhadap haiwan terutama haiwan ternakan. 

 

Di samping itu, sambutan yang menggalakkan dari masyarakat luar telah memberi cetusan idea untuk mengembangkan industri ternakan ini kepada agro pelancongan dan produk hiliran. Antara produk hiliran yang dilaksanakan adalah kraf tangan dan makanan. Produk-produk ini dihasilkan secara usahasama dengan usahawan kecil yang terlibat dalam bidang masing-masing. Secara tidak langsung, perusahaan sebegini memberi ruang kepada usahawan-usahawan kecil menjana pendapatan tambahan.

Perjalanan Semeliang Agro Farm

Alamat Kami

Kampung Semeliang,06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

Hubungi kami

TEL: 012-4089689 (En. Azhar)

E-MAI : azhar9689@gmail.com

Ikuti kami

  • Facebook Reflection
  • Twitter Reflection
  • Trip Advisor App Icon

© 2016 by  Muhammad Shahrul Naim

bottom of page