
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() |

Semeliang Agro Farm Resort
Semeliang Agro Farm Resort terletak di dalam Semeliang Agro Farm, di mana ia telah terpilih menjadi salah sebuah destinasi perlancongan menarik sempena tahun Melawat Kedah 2016. Di Semeliang Agro Farm ia menfokuskan kepada 3 kompenen iaitu pusat ternakan rusa, agro perlancongan dan produk berasaskan rusa menjadikan tempat ini bervariasi dengan pelbagai keunikan kepada pengunjung yang melawat
Semeliang Agro Farm menawarkan percutian chalet yang istimewa yang berkonsepkan percutian dalam ladang dimana pengunjung dapat merasai kedamaian kampung dengan kicauan pelbagai jenis burung dan kokokan ayam yang eksotik yang akan menjadi penyeri hari-hari percutian anda.Jika satu masa dahulu rusa mungkin dianggap liar kerana habitanya di hutan belantara, namun di SAF rasai pengalaman bersama rusa yang jinak dimana para pengunjng dapat "selfie" dan memberi makanan dengan rusa-rusa yang jinak.Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin merasai kelazatan daging rusa, SAF adalah tempat yang tepat untuk anda mendapatkan daging rusa yang segar
Matlamat kami di Semeliang Agro Farm adalah untuk memberikan pengunjung suatu pengalaman unik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika mempamerkan kaedah moden yang digunakan dalam pertanian abad ke-21. Justeru itu, kami menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran, kedai cenderamata, bilik persidangan, chalet, kawasan BBQ, tapak perkhemahan, dan lain-lain untuk memenuhi keperluan peribadi anda.
Memandangkan perjalanan ke Semeliang Agro Farm dari bandar Alor Star hanya mengambil masa 40 minit, ini menjadikannya suatu tempat yang amat sesuai bagi pelancong untuk melarikan diri dari kehidupan yang sibuk. Para pelancong juga berpeluang untuk menikmati gaya hidup yang berbeza serta dapat menerokai pelbagai jenis aktiviti rekreasi di Semeliang Agro Farm yang tidak terdapat di bandar.

